Wednesday, April 2, 2008

04 - Para Ulama Besar As-Syafieyah Sepakat Mengharamkan Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah

Para Ulama Besar As-Syafieyah Sepakat Mengharamkan Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah

Berkumpul-kumpul di rumah si Mati, di masjid atau di mana sahaja, sama ada disetiap malam Jumaat atau dimalam dan dihari-hari yang lain, iaitu kerana kenduri arwah, tahlilan atau yasinan yang tujuannya untuk mengirim pahala kepada si Mati, dihari pertama setelah kematian, dihari ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan dihari-hari seterusnya setelah mayat dikebumikan, semuanya itu adalah perbuatan yang bid’ah menurut fatwa Imam Syafie dan para ulama terbilang as-Syafieyah. Imam Syafie berfatwa:

وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.
"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah". Lihat: Kitab مغني المحتاج Juz. 1. Hlm 268.

Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:

وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ كمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ الْبَجلي قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاع لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
رِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ الْبَجلي قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاع لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
"Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (kebiasaannya berkenduri arwah, pent.) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad yang sahih).

Kenduri arwah, tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga oleh masyarakat Islam sehingga ke perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini amat dibenci, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie, beliau berkata:

مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul di rumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145.

Lihatlah: “Al-Fiqhul Manhaji” Jilid 1. hlm. 286. Tulisan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Ali Barji di dalam kitab ini tercatit:

Keluarga si Mati sibuk membuat makanan dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya, sebagaimana yang biasa dilakukan dizaman sekarang. Perbuatan tersebut adalah bid’ah yang berlawanan sama sekali dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Seterusnya di dalam kitab ini tercatit:

“Diantara bid’ah yang dilakukan oleh keluarga si Mati ialah menjemput orang ramai untuk makan, sempena berlalunya 40 hari kematian keluarganya dan seumpamanya. Sekiranya makanan yang disediakan adalah daripada harta ahli waris yang belum baligh, maka ia sangat ditegah dan diharamkan. Ini kerana ia adalah perbuatan memakan harta anak yatim dan mensia-siakan hartanya yang tidak memberi apa-apa maslahat (kebaikan) kepadanya. Semua dikira terlibat dalam melakukan perbuatan yang haram itu sama ada keluarga yang menjemput atau mereka yang datang memakannya”.

Apakah tidak takut makan harta anak yatim yang telah diharamkan oleh syara? Imam Syafie serta para ulama muktabar as-Syafieyah mengharamkan persediaan makanan di rumah si Mati walaupun bukan untuk kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau mengirim pahala kepada arwah. Tidak mungkin mereka mengharamkannya kecuali setelah berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih. Apakah semuanya ini fatwa dari Wahhabi atau dari kalangan ulama as-Syafie wahai Uthman El-Muhammady?

Di dalam tulisan ini, diutarakan satu persatu nama-nama para ulama besar bermazhab as-Syafieyah yang telah sepakat mengharamkan perbuatan tersebut yang dianggap bid’ah yang mungkar oleh para ulama as-Syafieyah yang dinukil dari fatwa-fatwa Imam Syafie, tetapi sayang semua bid’ah tersebut dipertahankan dan dianggap amalan “Ahli Sunnah wal-Jamaah” oleh Uthman El-Muhammady.

Diharap Uthman El-Muhammady sudi membaca kitab-kitab para ulama besar yang bermazhab as-Syafie yang mengharamkan perbuatan tahlilan dan mengirim pahala kepada si Mati kerana ianya tidak sampai. Ulama-ulama tersebut adalah terdiri dari:

(1). Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli. Mereka ini adalah barisan para ulama muktabar dari kalangan mazhab as-Syafie (bukan Wahhabi kerana istilah Wahhabi belum wujud). Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248, mereka menukil fatwa Imam Syafie:

وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.

"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".

Imam Nawawi telah menjelaskan pendapat Imam Syafie tentang majlis kenduri arwah iaitu menyediakan makanan, tahlilan, yasinan dan pengiriman pahala kepada orang mati. Di dalam kitab “Al-Majmuk” (المجموع) beliau telah menukil fatwa Imam Syafie:

وَأَمَّا إِصْلاَحُ اَهْل الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمع النَّاس عَلَيْهِ فَلَمْ ينْقلْ فِيْهِ شَيْء وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْر مُسْتَحَبَّة.

“Dan adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan menjemput manusia kepadanya, maka ia adalah sesuatu yang tidak pernah disalin (dinukil dari syara, pent.), ia adalah bid’ah yang tidak disunnahkan”. Beliau membawakan juga hadis:

كُنَّانَعُدُّ اْلإِجْتِمَاع إِلَى اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصنيعة الطَّعام بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ .

“Kami menganggap berhimpun pada ahli si Mati dan menyediakan makanan selepas mengebumikan mayat sebagai ratapan”. H/R Ahmad, Ibn Majah dengan sanadnya yang sahih. Hadis ini dari Jarir bin Abdullah.

Diharap Uthman El-Muhammady dapat meneliti kita-kitab tulisan para ulama besar yang bermazhab as-Syafieyah, antaranya (الخازن الجمل) juz. 4 hlm. 236 dan “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90 Imam Nawawi rahimahullah berkata:

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْهُوْرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِى اَنَّهُ لاَ تَصِلُ ثَوَابُهَا اِلَى الْمَيِّتِ . وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابه يَصل ثَوَابهُا اِلَى الْمَيِّتِ.

“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur di kalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat berpendapat sampai pahala bacaan kepada si Mati”.

Walaupun di dalam kitab Raudhah at-Tolibin hlm. 657 Imam Nawawi menukil:

وَسُئِلَ الْقَاضِي أَبُوْ الطَّيِّب عَنْ قِرَاءَ ةِ الْقُرْآن فِى الْمَقَابِرِ فَقَالَ : الثَّوَابُ لِلْقَارِئ وَيَكُوْنُ الْمِيِّتِ كَالْحَاضِرِ.... فََسْتَحِب قَرَاء ة الْقُرآن فَى الْمَقَابِرِ فى هَذَا الْمَعْنَى.

“Dan telah ditanya Kadi Abu Tayyib berkenaan membaca al-Quran di perkuburan, maka dia menjawab: Pahala adalah untuk pembaca dan si Mati seperti orang yang hadir. Maka disunnahkan membaca al-Quran di kuburan dengan pengertian ini”.
Dan di dalam kitab “Syarah as-Sudur” (شرح الصدور) hlm. 311 oleh Imam Suyuti. Berkata an-Nawawi:

وَاِنْ خَتَمُوْا الْقُرْآن عَلَى الْقَبْرِ كَانَ أَفْضَل.

“Dan jika mereka mengkhatamkan al-Quran di atas kubur maka ia adalah lebih baik”.

Namun kata-kata di atas jelas bahawa pahala untuk yang membaca bukan untuk si Mati walau dengan mengkhatamkan al-Quran di atas kubur si Mati, kerana kata-kata yang masyhur di kalangan ulama as-Syfieyah bacaan tersebut tidak sampai kepada si Mati. Kata-kata yang masyhur di dahulukan dari perkataan sebahagian, kerana yang masyhur lebih menyeluruh. Hal ini dikuatkan lagi dengan penjelasan Imam Nawawi rahimahullah dalam kitab السبكي - تكملة المجموع ، شرح مهذب juz 10 hlm. 426 beliau berkata:

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ وَجَعَلَ ثَوَابَهَا لِلْمَيِّتِ وَالصَّلاَةُ عَنْهُ وَنَحْوَهَا فَذَهَبَ الشَّافِعِي وَالجُمْهُوْرُ اَنَّهَا لاَ تَلْحَقُ الْمَيِّتَ، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ

“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.

Istilah “Jumhur” memberi maksud “Sepakat”. Ini bererti semua para ulama bermazhab as-Syafieyah bersepakat bahawa membaca al-Quran jika diniatkan untuk menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, maka yang rajih (sahih) hadiah tersebut tidak sampai kepada mayat, fatwa ini diulang-ulang di dalam kitab-kitab ulama bermazhab as-Sayfie. Fatwa-fatwa ini terpelihara agar sampai kepada generasi sesudah mereka. Yang jelas, akhirnya Imam Nawawi membuat kesimpulan:

وَكُلُّ هَذِهِ الْمَذَاهِب ضَعِيْفَة ، وَدَلِيْلُهُمُ الْقِيَاس عَلَى الدُّعَاءِ وَالصَّدَقَةِ وَالْحَجّ فَإِنَّهَا تَصلُ بِاْلإِجْمَاعِ . وَالدَّلِيْلُ الشَّافَعِيُّ {وَاَنْ لَيْسَ للإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى)

“Dan semua mazhab-mazhab tersebut (yang membolehkan menghadiahkan pahala kepada orang mati, pent.) adalah lemah belaka, dan dalil mereka yang membolehkan hanya qias yang diqiaskan kepada doa, sedekah dan haji. Maka sesungguhnya tidak sampai secara ijmak (kesepakatan ulama). Dan dalil as-Syafie ialah (ayat al-Quran): (Sesungguhnya tidaklah ada yang diperolehi oleh setiap manusia, kecuali apa yang telah diusahakan)”. Lihat: Sahih Muslim, syarah an-Nawawi hlm. 90. Dan seterusnya Imam Nawawi melanjutkan fatwa Imam as-Syafie dengan membawakan hadis sahih untuk menguatkan hujjahnya:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَث ، صَدَقَةٌ جَارَيَة ، أَوْ عَلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُ لَهُ.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya”.

Untuk pengetahuan Uthman El-Muhammady, Imam Syafie berhujjah dengan ayat al-Quran untuk membuktikan kebenaran fatwanya. Ayat al-Quran merupakan dalil pemutus “Qat’iyah”. Dalil al-Quran tidak dapat dimansuhkan (dibatalkan) dengan pendapat ulama. Semoga fatwa-fatwa yang terpelihara ini tidak dikhianati oleh umat yang sekarang dan yang akan datang. Dalil yang dibawakan oleh Imam Syafie inilah yang dipelihara dan dipertahankan oleh mereka yang dituduh sebagai Wahhabi. Tetapi yang mengaku sebagai Syafieyah mengabaikan dan menentangnya habis-habisan. Jadi, siapakah yang menentang Imam Syafie dan siapa pula yang mempertahankannya? Tentunya yang dituduh sebagai Wahhabi.

Tahukah Uthman El-Muhammady, terdapat adat di Malaysia membaca al-Quran di perkuburan orang yang baru dikebumikan semata-mata untuk mendapatkan upah. Apakah amalan ini ada dalilnya dari syara atau dari kitab-kitab para Imam mazhab as-Syafie? Sememangnya sama sekali tidak ada sedangkan yang melakukannya mengaku bermazhab as-Syafie. Orang-orang yang dituduh Wahhabi tak mahu masuk campur, takut jadi bid’ah kerana mereka sangat mencintai sunnah.
(2). Syeikh al-Haitami rahimahullah di dalam الفتاوى الكبرى الفقهية telah menguatkan pendapat Imam Syafie dan Imam Nawawi, beliau menjelaskan:

اَلْمَيِّتُ لاَ يُقْرَأُ عَلَى مَا اَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ اَنَّ الْقِرَاءَةَ لاَ تصِلُهُ اَي الْمَيِّتَ لاَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلِ لاَيُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ لَيْسَ للاِنْسَانِ اِلاَّ مَاسَعَى}.

“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”.

(3). Al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah. Beliau menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah kenduri arwah. Kenyataan ini tercatit di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146. Mufti yang bermazhab Syafie ini menegaskan:

وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar (antaranya kenduri arwah, pent.) demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.

(4). Imam ar-Ramli. Seorang ulama besar Syafieyah menjelaskan di dalam (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 yang mana beliau berkata:

قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.

“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama ada sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.
Di dalam kitab (الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:

وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ .

“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga ke kuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.

Untuk pengetahuan Uthman El-Muhammady, Imam Qurtubi telah menjelaskan di dalam kitabnya “At-Tazkirahtu Fi Ahwalil Mauta” (التزكرة فى احوال الموتى), jld. 1 hlm. 137-138 yang mana beliau menukil:

وَكَذَلِكَ اْلإجْمَاع إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنعية الطَّعَام ، وَالْمَبِيْت عَنْدَهُمْ كُلُّ ذَلِكَ مِنْ أَمْرِالْجَاهِلِيَّةِ ونَحْومِنْ الطَّعَامِ الَّذِيْ يَصْنَعُهُ أَهْل الْمَيِّت الْيَوْم فِىيَوْمِ السَّابِعِ

“Begitu juga berkumpul-kumpul di tempat keluarga si Mati, menyediakan makanan dan tidur bersama mereka, maka semuanya itu amalan jahiliyah. Begitu juga berkenaan makanan yang disediakan oleh keluarga si Mati dihari kematian dan dihari ketujuh (adalah amalan jahiliyah)”.

Imam Ahmad menjelaskan tentang berkumpul-kumpul dan menyediakan makanan dikeranakan oleh orang mati, sama ada di rumah si Mati atau di mana sahaja. Lihat: “Tazkiratu Fi Ahwalil Mauta” jld. 1. hlm. 137. Imam Ahmad rahimahullah berkata:

وَقَالَ أَحْمُدُ بْنُ حَنْبَل :هُوَ مِنْ فعْلِ الْجَاهِلِيَّةِ.

“Berkata Ahmad: Ia dari amalan orang-orang jahiliyah”.

Imam Qurtubi amat tegas tentang penyediaan makanan oleh keluarga si Mati. Ia menyebabkan berkumpul-kumpulnya semula setelah mayat dikebumikan. Beliau berkata dalam “At-Tazkiratu Fi Ahwalil Mauta” jld. 1 hlm. 137 iaitu:

وَكَذَلِكَ الطَّعَامُ الَّذِيْ يَصْنَعُهُ أَهْل الْمَيَّت.

“Dan begitulah juga persediaan makanan yang disediakan oleh keluarga si Mati (ia adalah amalan jahiliyah)”.

وَذَكَر الْخَرَائِطِي عَنْ هَلاَلِ بْنِ خَبَّاب قَالَ : الطَّعَامُ عَلَى الْمَيِّتِ مِنْ اَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ.

“Telah diperingatkan oleh al-Kharaeti dari Hilal bin Khabbab beliau berkata: (menyediakan) makanan kerana kematian adalah perbuatan jahiliyah”. Lihat: At- “Tazkiratu Fi Ahwalil Mauta” jld. 1. hlm. 137. Hadis dari Syuja’ beliau berkata: Para perawi hadis mensahihkan sanadnya.

Imam Qurtubi apabila mengulas amalan kenduri arwah (diistilahkan oleh masyarakat Melayu sebagai yasinan, tahlilan atau membaca al-Quran untuk si Mati), maka beliau berkata:

وَهَذِهِ اْلأُمُوْر كُلُّهَا قَدْ صَارَتْ عِنْدَ النَّاسِ اْلآنَ سُنَّة، وَتَرَكَهَا بِدْعَة ، فَانْقَلَبَ الْحَال ، وَتَغَيَّرَت اْلأَحْوَال قَالَ ابْنُ عَبَّاس : لاَ يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ عَام ، إِلاَّ أمَاتُوْا فَيْهِ سُنَّة ، وَأَحْيُوْا فِيْهِ بِدَعَة ، حَتَّى تَمُوْتُ السًّنَن ، وَتَحْيَا الْبَدَع.

“Dan perkara-perkara ini semuanya sekarang di sisi manusia telah dijadikan sunnah, meninggalkannya dianggap bid’ah, maka terbalik keadaan dan berubah segala urusan. Telah berkata Ibn Abbas radiallahu ‘anhu: Tidak akan datang kepada manusia satu tahun kecuali mereka akan mematikan pada tahun itu sunnah dan mereka akan menghidupkan bid’ah, sehinggalah terus mati sunnah-sunnah dan hidup segala bid’ah”.
Malangnya tanpa segan silu amalan yang dibid’ahkan oleh Imam Syafie telah dipertahankan oleh Uthman El-Muhammady dan seccara langsung melawan fatwa Imam Syafie. Ingatlah! Antara tujuan para nabi dan rasul diutus demi untuk menghapuskan segala bid’ah dan segala amalan yang diwarisi dari tradisi jahiliyah. Jahiliyah haram diteruskan atau dihidupkan semula, oleh itu para ulama as-Syafieyah telah mengharamkan kenduri arwah yang ditiru dari adat jahiliyah.

Tahukah Uthman El-Muhammady, ulama besar Nusantara yang berbangsa Melayu tidak berani melawan Imam Syafie, beliau juga mengharamkan kenduri arwah yang telah dibid’ahkan oleh Imam Syafie. Antara mereka yang mengharamkannya ialah:

(5). Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari rahimahullah. Seorang ulama Melayu bermazhab as-Syafie. Lihat dalam kitab “Sabilul Muhtadin” (سبيل المهتدين) jld. 2 hlm. 87. Beliau berkata:
“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat”.

Seterusnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berfatwa:

“Dan demikian juga makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan seruannya, dan haram menyediakan makanan akan yang menangis dengan menyawak kerana yang demikian itu menolong atas berbuat maksiat”.

Diharap sudi-sudilah kiranya Uthman El-Muhammady meneliti kitab yang ditulis oleh ulama Nusantara yang berbangsa Melayu iaitu:

(6). Syeikh Daud Al-Fatani rahimahullah, beliau menghukum makruh lagi bid’ah mengadakan kenduri dan menjemput orang untuk makan kenduri di rumah si Mati. Lihat kitab: “Bughyatul Tullab” (بغية الطلاب) hlm. 33-34. Beliau menjelaskan:

“Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian memperbuat makanan menyerukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebanyakan manusia. Dan demikian lagi, makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya dan haram menyediakan makanan bagi orang yang meratap iaitu menangis dengan menyebut kelebihan kerana yang demikian itu menolong atas berbuat maksiat”.

Ulama besar Melayu juga telah mengharamkan kenduri arwah iaitu dengan mengundang manusia, berkumpul-kumpul kerana kematian, membacakan al-Quran dan tahlil untuk si Mati serta menyediakan makanan untuk orang-orang yang datang ke rumah si Mati, beliau ialah:

(7). Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad al-Fatani. Seorang ulama bermazhab as-Syafie. Beliau berkata di dalam kitab “Kashfu al-Litham” jld. 1 hlm. 85. Beliau menjelaskan:

“Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada memperusahakan makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahshah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh dan empat puluh dan umpama yang demikian itu seperti yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syara kerana tegah pada syara”.

Inilah antara beberapa wasiat ulama Melayu kepada orang yang mahu mendengar dan berfikir. Semoga kata-kata ini tidak disia-siakan dan tidak dipandang rendah.

(8). Imam Khatib Sarbini rahimahullah menghukum bid’ah amalan kenduri arwah iaitu berkumpul di rumah si Mati dan menikmati makanan yang disediakan oleh keluarga si Mati. Lihat dalam “Al-Iqna” (الإقناع) jld. 1. hlm. 428. Bab (Fasal Fi Salatil Janazah):

أَمَّا اصْطتاعُ أَهْل الْمَيِّت طَعَامًا وَجَمع النّاس عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْر مَسْتَحَبَّة.
“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati sesuatu makanan dan mengumpulkan orang kerananya, maka ia adalah bid’ah yang tidak disunnahkan”.

(9). Imam Abu Yahya Zakariya Al-Ansari rahimahullah. Beliau membid’ahkan amalan kenduri untuk orang mati. Lihat “Fathul Al-Allam” (فتح العلام) hlm. 318. Beliau menegaskan:

وَأَمَّا إِصْلاَحُ أَهْل الْمَيِّتِ طَعاَمًا وجَمع النَّاس عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْر مُسْتَحَبَّة.

“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan mengumpulkan orang untuk kematian, maka ia adalah bid’ah yang bukan sunnah”.

(10). Imam Muzani rahimahullah yang sezaman dengan Imam Syafie, beliau menolak pendapat orang-orang yang membolehkan kenduri arwah, kerana segala bacaan al-Quran tidak sampai pahala kepada orang mati. Beliau telah memfatwakan tentang pengharaman mengirim pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati iaitu sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah. Beliau seorang ulama yang mempertahankan fatwa Imam Syafie dan imam-imam yang bermazhab as-Syafieyah. Mereka mengharamkannya dengan berhujjahkan ayat:

اَلاَّ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ اُخْرَى وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى

"Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan". AN-NAJM, 53:38-39.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menerangkan bahawa setiap insan hanya bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia. Tidak ada dalil bahawa seseorang akan memikul tanggungjawab di atas amalan orang lain. Oleh itu pengiriman pahala kepada si Mati untuk menebus dosa-doasnya atau sebagai sedekah adalah tidak sampai walaupun dengan penuh keikhlasan.

Gara-gara pengkhianatan aktivis bid’ah terhadap fatwa Imam Syafie, kaum muslimin di Malaysia (kecuali di Perlis) mereka mencintai amalan tahlilan melebihi cintanya terhadap ilmu, sehingga disetiap malam Jumaat semua kulliah atau pengajian diseluruh masjid atau surau dibatalkan gara-gara memenuhi panggilan kenduri arwah atau tahlilan. Tahlilan dianggap lebih wajib dari majlis ilmu, sehingga kehadiran di majlis tahlil lebih ramai dari kehadiran di majlis ilmu.

Yang mana satu idaman kalbu Uthman El-Muhammady? Menghidupkan majlis ilmu atau majlis tahlil? Yang mana diwajibkan dan yang mana dibid’ahkan oleh Imam Syafie dan Wahhabi? Tentulah yang cerdik pandai memilih majlis ilmu, itulah pilihan orang-orang yang dituduh sebagai Wahhabi. Memang benar kata Uthman El-Muhammady dalam kenyataannya di akhbar Mingguan: “(Wahhabi) semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda”. Hanya kenyataan yang ini sahaja yang penulis setuju kerana ada kebenarannya, mereka yang dituduh Wahhabi sangat mencintai ilmu sehingga mereka mampu menilai yang mana satu sunnah dan yang mana satu bid’ah. Akhirnya Wahhabi sentiasa menghidupkan sunnah dan terselamat dari perbuatan bid’ah. Maaf! Penulis sentiasa berkulliah disetiap malam Jumaat. Tanyalah jamaah di Singapura. Di malam Jumaat kami tidak bertahlil, tetapi berkulliah. Oleh itu pilihlah ilmu dan ambillah ilmu dari ulama yang seterusnya penulis tampilkan kata-kata dan ilmunya:

(11). Berkata al-Hafiz Imam Ibn Kathir rahimahullah. Beliau seorang imam tafsir yang bermazhab as-Syafie maka apabila menafsirkan ayat di atas (An-Najm, ayat 38-39) beliau menegaskan:

وَ مِنْ هَذِهِ اْلآيَةِ الْكَرِيْمَةِ اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِى رَحِمَهُ اللهُ وَمَنِ اتَّبعُهُ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ يَصِلُ اِهْدَاء ثَوَابَهَا الْمَوْتَى لاَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلاَ كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا لَمْ يُنْدَب اِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اُمَّتَهُ وَلاَ حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلاَ اَرْشَدَهُمْ اِلَيْهِ بِنَصٍ .

"Melalui ayat yang mulia ini (An-Najm 38-39) Imam Syafie rahimahullah dan para pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjukkan kepada amalan tersebut (menghadiahkan bacaan kepada si Mati) walaupun dengan satu nas (dalil)". Lihat: Tafsir Ibn Kathir berkenaan ayat di atas.

Subhanallah! Hanya golongan yang dituduh sebagai Wahhabi sahaja yang terus mempertahankan qaul Imam Syafie ini. Tetapi yang mengaku sebagai penganut Syafieyah telah mencabulinya. Apakah Uthman El-Muhammady benar-benar seorang penganut Syafieyah? Maaf! Penulis hanya sekadar bertanya.

Uthman El-Muhammady sewajarnya tahu bahawa Imam As-Syaukani telah menjelaskan ayat 38-39 di Surah an-Najm (sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Syafie) iaitu:

لَيْسَ لَهُ اِلاَّ اَجْرُ سَعْيِهِ وَجَزَاءُ عَمَلِهِ وَلاَ يَنْفَعُ اَحَدًا عَمَلُ اَحَدٍ

"Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak memberi manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain." Tafsir Ibn Kathir. Jld. 3 hlm. 444.

Menurut Ibn Kathir ayat ini bermaksud:


كَمَا لاَيحْملُ عَلَيْهِ وِزْرُ غَيْرِهِ كَذَلِكَ لاَيَحْصلُ مِنَ اْلاَجْرِ اِلاَّ مَا كَسَبَ هُوَ نَفْسَهُ.

"Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggung-jawabkan) dosa orang lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan (usahakan) sendiri (semasa di dunia)". Fathul Qadir jld. 5 hlm. 111.

Imam Ibn Kathir menegaskan bahawa:

اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرً فَخَيْرًا وَاِنْ شَرَّا فَشَرًّا

"Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan menurut amalnya, jika baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya”. Lihat: Tafsir At-Tabari, 27-29.

Dan Imam Ibn Kathir berkata lagi:


لَمْ ينقلْ ذَلِكَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَلَوْكَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا اِلَيْهِ.

"Tidak pernah disalin (diterima) perkara itu (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dari seorang dari kalangan para sahabat radiallahu 'anhum. Jika sekiranya ia suatu yang baik pasti mereka telah mendahului kita melakukannya". Tafsir At-Tabari, 27-40

Sudahkah Uthman El-Muhammady meneliti kitab-kitab muktabar para ulama as-Syafieyah sebelum membuat kenyataan di akhbar?.

(12). Imam at-Tabari rahimahullah (mendalami fiqh as-Syafie di Bagdad dan faqeh mazhab as-Syafie). Beliau menafsirkan ayat 38-39 di surah an-Najm sebagaimana yang ditafsirkan oleh Imam as-Syafie:


اَنَّهُ لاَ يُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّ بِعَمَلِهِ خَيْرًا كَانَ اَوْ شَرًّا

“Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari amalnya, melainkan apa yang telah dikerjakan, sama ada baik atau buruk”. Lihat: Tafsir Fahru ar-Razi, 7/788.

Seterusnya at-Tabari menjelaskan lagi:


لاَيُؤَاخَذُ بَعُقُوْبَةِ ذَنْب غَيْرُ عَامِلِهِ وَلاَ يُثَابُ عَلَى صَالِحٍ عَمَلِهِ غَيْرُهُ

“Tidak diseksa seseorang itu dengan sesuatu seksaan jika ia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidak diberi ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya”. Tafsir Jalalain, 2/198.

(13). Imam Fakhur ar-Razi rahimahullah pula menafsirkan sebagaimana juga penafsiran Imam Syafie apabila menafsirkan ayat tersebut (surah an-Najm 38-39):
اِنَّ الْحَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْدِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِمَا وَيَظْهَرُ اَنَّ الْمُسِيْئَ لاَ يَجِدُ بِسَبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ تَوَابًا وَلاَ يَتَحَمَّلُ عَنْهُ اَحَدٌ عِقَابًا.


"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak melakukannya, sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak seseorangpun akan menanggung dosanya". Lihat: Tafsir al-Fakhrur ar-Razi, 7:788

(14). Al-Hafiz Imam Jalalain rahimahullah ahli tafsir yang bermazhab as-Syafie, sependapat juga dengan penafsiran Imam Syafie, beliau menegaskan:


فَلَيْسَ لَهُ مِنْ سَعْيِ غَيْرِهِ الْخَيْرَ شَيْئٌ


"Maka seseorang tidak akan mendapat apa-apapun dari usaha orang lain”. Lihat: Fahru ar-Razi jld. 7. hlm. 738.

Penafsiran Imam Jalalain tentang ayat di surah an-Najm ayat 38-39, selain mensepakati tafsiran Imam Syafie, beliau mensepakati juga penafsiran jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis dari ‘Aisyah:


قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : قَالَتْ عَائِشَةُ (لَمَّا سَمِعَتُ ذَلِكَ) حَسْبُكُمُ الْقُرْآن ، وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَة وِزْرَ أخْرَى.

"Berkata Ibn Abbas: Telah berkata ‘Aisyah radiallahu ‘anha ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak (dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang lain". H/R Bukhari dan Muslim.

Imam Ibn Kathir juga menjelaskan:


اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرًا فَخَيْرًا وَاِنْ شَرًّا فَشَرًّا.


"Seseorang jiwa hanya dibalas menurut amalannya. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika amalannya jahat maka jahatlah balasannya". At-Tabari hlm. 23
Setiap mukmin wajib memahami ayat dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang disemainya semasa di dunia kerana Allah berfirman:


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَارَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيْدِ.


"Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba". FUSHILAT, 41:46


وَمَا تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.

"Kamu tidak diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan". AS-SAFAAT, 37:39.


لَهَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ.


“Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan". AL- BAQARAH, 2:286.


مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأِنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ


"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah (tempat yang menggembirakan)". AR-RUM, 30:44.


مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلاَ يُجْزَى اِلاَّ مِثْلَهَا.


"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan". AL-MU'MIN, 40:40.


مَنِ اهْتَدَى فَاِنَّمَا يَهْتَدِى لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَاِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ أخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.


"Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah, maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum Kami mengutus seorang Rasul". AL-ISRA', 17:15.


مَنْ تَزَكَّى فَاِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ.


"Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri". FATIR, 35:18.


وَاتَّقُوْا يَوْمًا لاَتَجْزِى نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا.


"Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain". AL-BAQARAH, 2:123.


فَالْيَوْمَ لاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلاَ تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَاكُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ

"Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan". YASIN, 36:54.


يَاايُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوا يَوْمًا لاَ يَجْزِيْ وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا.


"Hai manusia, hendaklah kamu takut kepada satu har yang (di dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya!" LUQMAN, 31:33.


مَنْ جَاهَدَ فَاِنَّهَا يُجَاهدُ لِنَفْسِهِ.


"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk dirinya sendiri". AL-ANKABUT, 29:6.

Diharap Uthman El-Muhammady sudi meneliti penafsiran para Imam bermazhab as-Syafie yang menafsirkan ayat tersebut (an-Najm 38-39). Fakhru ar-Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya menghadiahkan pahala kepada orang mati:


اِنَّ حَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْزِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِهَا وَيَظْهَرُاَنَّ الْمُسِيْىءَ لاَيَجِدُ بِسَـبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ ثَوَابًاوَلاَ يَتَحَمَّلُ اَحَدٌ عِقَابًا.


"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak boleh memberi manfaat kepada orang yang lain kerana sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak akan mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah sempurna (memadai) dan jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan kebaikan orang lain dan tidak ada orang lain yang boleh menanggung segala dosanya (kesalahannya)". Lihat: Syarah al-Muhazzab, jld. 10, hlm. 429.

Imam at-Tabari rahimahullah juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:


اَنَّهُ لاَيُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّبِعَمَلِهِ خَيْرًاكَانَ اَوْشَرًّا.


"Bahawasanya tidak akan dibalas seseorang yang beramal melainkan mengikut amalannya, jika baik dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk".

Banyak nas-nas al-Quran yang menjelaskan perkara ini (menghadiahkan pahala kepada si Mati), antaranya ialah firman Allah:


كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌ.


"Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)". AT-THUR, 52:21.


وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.


"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)". AN-NAJM, 53:33

Ada yang berpendapat ayat 39 di Surah an-Najm ini telah dimansuhkan oleh ayat 21 di Surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini lalu berkata:

Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri). Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini kerana ayat yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh seperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.

Ayat di Surah An-Najm iaitu ayat 39 dapat diperjelas dengan ayat seterusnya iaitu seseorang hanya mendapat apa yang telah dikerjakan:


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَاهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقالَ ذَرَّةٍ شَرًّايَرَهُ


"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar debu pasti dia akan melihatnya". AZ-ZILZAL, 99:7-8.


يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ.


"Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua tangannya". AN-NABA', 78:41


فَاَعْلَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ مَا اعلمَ اللهُ مِنْ اَنَّ جِنَايَةَ كُلِّ امْرِئٍ عَلَيْهِ كَمَا اَنَّ عَمَلُهُ لَهُ لاَ لِغَيْرِهِ وَلاَ عَلَيْهِ.


"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain”. H/R Muslim (3084) al-Wasaya. Turmizi (1298) al-Ahkam. Nasaii (3591) al-Wasaya. Abu Daud (2494) al-Wasaya dan Ahmad (8489) Musnad.


Sangkaan Uthman El-Muhammady Yang Salah

Menurut Uthman El-Muhammady bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan sampai pahala bacaan kepada si Mati. Sebenarnya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau). Akhirnya beliau kembali kepada fatwa Imam Syafie dan fatwa para ulama yang bermazhab as-Syafie yang mana beliau telah menegaskan:

“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”

Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada asalnya membolehkan (boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati), kemudian beliau mengharamkannya, kenyataan ini boleh ditemui di dalam kitab Imam fiqh yang bermazhab Syafie Ali Abdul al-Kafi as-Subki. Lihat: “Takmilatul Majmu” - شرح مهذب تكملة المجموع jld. 10 hlm. 417.

Ada suara-suara dari si Jahil mengatakan: Ibn Taimiyah itu Wahhabi. Tuduhan ini berpunca kerana si Penuduh besar kemungkinan tidak mengenal Ibn Timiyah dan tidak tahu sejarah bila kelahiran beliau. Malah tidak tahu apa itu yang diistilahkan sebagai Wahhabi kerana belum membaca kita-kitab tulisan Imam Ibn Timiyah dan Imam Wahhabi.

Mengapa pula Uthman El-Muhammady mengambil fatwa dari orang yang dituduh sebagai Wahhabi? Sungguh pelik!