Wednesday, April 2, 2008

WARKAH USTAZ RASUL DAHRI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ انَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. {يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْااتَّقُوْااللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّوَاَنَتُمْ مُسْلِمُوْنَ} . {يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَاءً ا واتَّقُوْ اللهَ الَّذِيْ تَسَاءَ لُوْنَ بِهِ وَالاَرْحَامِ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا} . {يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْااتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَفَوْزًا عَظِيْمًا} اَمَّ بَعْدُ : فَاِنَّ اَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كَتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَاَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَرَّ الاُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ.


Segala puji dan puja bagi Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam berserta keluarga, para sahabatnya dan sesiapa yang mengikutinya sehingga ke hari kiamat.

Apabila terbukti bid’ahnya amalan tahlilan, yasinan, kenduri arwah dan mengirim (menghadiahkan) pahala bacaan al-Quran kepada si Mati menurut fatwa Imam as-Syafie rahimahullah dan para ulama muktabar bermazhab Syafie, maka ia wajib dibenteras secara berterusan.

Maka apabila penulis dihujani pertanyaan, adakah kenyataan Uthman El-Muhammady (di akhbar) berkenaan amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca yasin dan tahlilan itu sunnah, maka menyedari tentang haramnya amalan tersebut dan ditegah oleh Imam as-Syafie, dengan hati yang ikhlas kerana Allah Azza wa-Jalla penulis berusaha menyiapkan buku kecil ini untuk menjawab dan menjelaskan kekeliruan Yang Berbahagia Uthman El-Muhammady dalam persoalan tahlilan yang disangka oleh beliau ia hanya diharamkan oleh Wahhabi. Apakah sangkaan Uthman El-Muhammady itu benar?

Insya Allah tulisan ini dapat menjawab segala kekeliruan tersebut. Ianya mudah difahami oleh mereka yang cintakan fakta kebenaran yang berdasarkan pembuktian dari nas-nas syara dan fatwa-fatwa Imam as-Syafie dan para ulama besar kalangan as-Syafieyah berkenaan persoalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada arwah. Diharapkan buku kecil ini mampu memberi manfaat kepada para pembaca yang ikhlas berusaha untuk memahami agama, ingin menghidupkan sunnah serta membenci bid’ah demi untuk menyelamatkan akidah dan ibadah. Amin!

Ikhlas Dari:
Rasul Bin Dahri.
Johor Bahru.